Seorang
professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam
Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan
cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses
pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula
untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan
dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam
mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang
Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil
kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat
kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak
kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara
tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita
akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan,
manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran
ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut
beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar
dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas
positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan
sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya,
setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak
stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita
memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat
jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang
sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika
menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang
banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya,
selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula
tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.
Timbul
persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4
rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan
sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah
kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4
rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk
tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan
serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam
kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap
dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang
tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa
kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah
Allah beliau memeluk agama Islam.